top of page

Bawang rose Mat Sabu mulai tumbuh lepas lima hari disemai



Usaha Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyemai benih bawang rose di halaman kediaman rasmi di Kuala Lumpur mula menampak hasil apabila ia telah tumbuh selepas lima hari ditanam.


Beliau berharap pertumbuhan 1,000 benih bawang rose yang disemai itu berlaku dengan baik dan membesar dengan subur.


"Alhamdulillah, gembira tengok benih bawang yang Bang Mat semai lima hari lepas sudah mula tumbuh. Semoga terus membesar dengan subur," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Sebelum ini Mohamad dilaporkan memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr Mohamad Khairil.


"Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah "Raised Garden Box" dengan keluasan 20' x 20', supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan," katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata idea untuk menanam bawang rose itu timbul setelah beliau berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk meninjau perusahaan tanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.


Skala tanaman yang ditunjukkan Mohamad itu boleh dipraktikkan orang ramai dengan memanfaatkan kawasan kosong di halaman rumah atau komuniti kejiranan untuk menyemai tanaman keperluan harian seperti bawang bagi menjimatkan kos sara hidup.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini menyasarkan pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus dengan mewujudkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar.


Ia susulan krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India yang mengakibatkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram.

Sebagai langkah awal, MARDI telah memulakan penanaman Bawang Merah Mardi BAW-1 di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak dan berjaya mengutip hasil pertama sebanyak 2.4 tan metrik pada April tahun lalu.


Laporan media menyebut Malaysia mengimport bawang dari 29 negara termasuk India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand dengan nilainya mencecah RM1.58 bilion [685,400 tan metrik] pada 2022.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page