top of page

Batal subsidi, biasiswa keputusan lama, bukan flip flop



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan Ahli Parlimen Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN - Tanjung Karang) kononnya PM Kerajaan Perpaduan flip flop berhubung penamatan subsidi ayam dan telur serta polisi menghentikan biasiswa JPA kepada pelajar kursus perubatan.


Menurut PM keputusan yang dikatakan tenggelam timbul itu bukanlah keputusan yang dibuat beberapa bulan lepas tetapi keputusan lama dan tiada masalah apabila PM mempertimbangkan semula berdasarkan situasi semasa.


"Flip flop soal JPA dan ayam, ini keputusan lama. Keputusan kita diteruskan (bantuan rakyat). Apa yang flip flop?


"Kalau keputusan itu membebankan rakyat, Tanjong Karang patut bangkit. Keputusan membebankan rakyat (tamat subsidi) Tanjong Karang nak jadi juara siapa?


"Keputusan JPA ini keputusan lama, saya hadir mesyuarat JPA untuk mengkaji semula dan hentikan. Bila saya pengerusikan mesyuarat JPA keputusannya sambung.


"Begitu juga ayam dan telur. Keputusanya habis Jun. Kementerian hanya umum keputusan (lama). Rujuk kepada PM, keputusannya sambung.


"Kalau flip lop untuk bantu rakyat, saya pun (rela) flip flop," katanya.


Sebelum itu, PM menegur Tanjong Karang kerana tidak membaca laporan berkenan perolehan vaksin secara sepenuhnya apabila membuat kesimpulan jawapan yang beliau berikan di Dewan Rakyat sebelumnya dianggap mengelirukan.


"Soal vaksin Tanjong Karang tidak teliti keseluruhannya. Ada kebenaran dibangkitkan (kontrak perbekalan dirujuk ke Peguam Negara), ada sebahagian tidak dirujuk ke Pejabat Peguam Negara," kata Anwar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page