top of page

Batal Himpunan Solidariti Najib, UMNO Buat Keputusan Tepat

Updated: 1 day ago



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang pada mulanya direncana berlangsung pada Isnin ini, 6 Januari 2025 di Istana Kehakiman, Putrajaya.


Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu diambil atas prinsip menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


"UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib, bekas Perdana Menteri yang banyak jasanya pada rakyat dan negara.


"UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong," katanya sebagaimana dipetik dalam kenyataan media itu.


Kebijaksanaan Agong


Dr Asyraf menambah, UMNO tetap menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Najib.


Semalam, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengingatkan bahawa permohonan pengampunan perlulah diserah kepada Lembaga Pengampunan, yang mesyuaratnya akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Susulan itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menggesa orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan mengenai hak perogatif Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan banduan.


Dengan keputusan UMNO itu terbukti mereka telah mengambil keputusan yang tepat dan bijak.


Politik negara terus stabil


Ia bukan sahaja untuk memastikan politik negara terus stabil tetapi juga demi memastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada himpunan tersebut.


Soal rayuan Najib berkaitan titah adendum di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari nanti, biarlah mahkamah memutuskannya tanpa tekanan mana-mana pihak.


Syabas kepada UMNO kerana membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan yang lebih besar iaitu masa depan negara berbanding perkara lain.

____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page