top of page

Batal himpunan solidariti: UMNO tidak mahu derhaka kepada Agong



Keputusan tidak meneruskan perhimpunan solidariti ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak diambil UMNO untuk mengelakkan parti itu derhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.


Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata, meskipun UMNO sebelumnya bersetuju akan berkumpul menyatakan sokongan kepada Najib pada hari keputusan rayuan semakan kehakiman 6 Januari ini, namun titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mahu sebarang urusan pengampunan banduan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan dipegerusikan baginda menyebabkan UMNO memilih jalan yang lebih berhemah.

Oleh itu, Lokman menggesa agar ahli UMNO tidak mempedulikan provokasi Pas yang mahu terus berhimpun dan ingin himpunan itu disokong oleh para penyokong Najib.


"Nak teruskan perhimpunan itu hak dia (Pas). Dia boleh teruskan perhimpunan derhaka. Tetapi UMNO ada prinsip. Kita mendukung Perlembagaan negara.


"Kesetiaan kepada raja dan negara. UMNO konsisten, segala titah Tuanku kita junjung kasih," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.


Lokman turut memberitahu tindakan penganjuran himpunan solidariti yang dilakukan oleh Pas pada 6 Januari, biarpun selepas Peguam Negara mengeluarkan kenyataan agar rayuan dilakukan menerusi Lembaga Pengampunan telah membuatkan Yang di-Pertuan Agong murka dan kemudian mengeluarkan titah rasmi mengulangi kenyataan Jabatan Peguam Negara.


"Hari ini saya beritahu, baginda Tuanku (Sultan Ibrahim) murka. Baginda Tuanku murka dengan amat dahsyat. Kalau ada yang masih bodoh... cuba pakai otak kenapa tiba tiba Peguam Negara boleh keluar kenyataan mengatakan bahawa kuasa pengampunan di bawah Tuanku?


"Tidak cukup dengan itu, istana sendiri kena keluar kenyataan. Akhir sekali Ketua Polis Negara terpaksa keluar kenyataan supaya jangan berhimpun, hormai titah Agong.


"Cubalah faham kalau baginda Tuanku kata, kuasa beri pengampunan kuasa dia. Kalau misalan kita nak merayu supaya baginda beri simpati, buatlah cara kita merayu pada orang yang ada kuasa untuk dia beri budi bicara. Janganlah buat benda (himpunan) sehingga Tuanku murka," katanya.


Akibat kemurkaan itu, kata Lokman, usaha untuk UMNO bersolidariti ke atas Najib pada 6 Januari terpaksa dibatalkan.


Manakala bagi penyokong Najib yang mahukan tokoh itu segera bebas, nasihat Lokman, mereka seharusnya taat kepada Agong yang mempunyai kuasa mutlak pengampunan.


Usaha akan lebih mudah, katanya, jika dilakukan secara berhemah. Sama ada permohonan tahanan rumah buat Najib mahupun pengampunan penuh sebagaimana diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page