top of page

Basmi kemiskinan Sarawak melalui pembinaan jalan raya lebih baik



Tekad Kerajaan Persekutuan untuk memfokuskan usaha membasmi kemiskinan di empat negeri yang paling buruk kadar kemiskinannya perlu disambut dengan usaha berterusan daripada Kerajaan Negeri Sarawak.


Senator Abun Sui Anyit berkata, Sarawak yang termasuk dalam empat negeri termiskin selain Kelantan, Sabah dan Kedah seharusnya memikirkan cara yang lebih berkesan untuk menangani kemiskinan terutama dalam kalangan penduduk di pedalaman.


Katanya, kerajaan Sarawak seharusnya mengambil peranan memudahkan usaha Kerajaan Persekutuan dengan cara menaik taraf kebanyakan jalan luar bandar atau membina baharu bagi memudahkan penduduk menjual hasil pertanian mereka yang boleh meningkatkan pendapatan.


"Cara terbaik adalah kerajaan Sarawak membina jaringan jalan negeri di seluruh pelosok pedalaman termasuk di Jelalong, Balui, Long Murum dan Linau Belaga


"Simpanan RM40 bilion Kerajaan Negeri boleh digunakan untuk tujuan itu. Jangan hanya tertumpu di jalan pantai ("coastal road") dan bandar sahaja terutamanya Kuching sahaja.


"Rakyat pedalaman seperti di Belaga dan Baram masih mendambakan jalan raya berturap sampai ke rumah panjang mereka," kata Ahli Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia itu dalam satu kenyataan.


Abun Sui yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang amat berharap Kerajaan Sarawak akan menggunakan rizab negeri sejumlah RM40 bilion untuk pembangunan jalan dan bukannya untuk simpanan semata-mata.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page