top of page

Basmi kemiskinan: Pastikan pertumbuhan ekonomi dinikmati semua



Pertumbuhan dan indikator ekonomi mutakhir ini yang menunjukkan tanda positif perlu turut dirasai oleh golongan memerlukan bagi memastikan usaha menoktahkan kemiskinan dapat dicapai, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Beliau berkata, usaha perlu digandakan bagi memastikan tidak ada golongan yang terpinggir kerana jika ia tidak dilakukan maka golongan miskin akan terus kekal sedemikian meskipun angka pertumbuhan ekonomi baik.


"Hari ini, indikator-indikator ekonomi menunjukkan data yang memberangsangkan. Pertumbuhan ekonomi yang positif, inflasi yang stabil, pasaran saham terbaik di rantau ini dan Ringgit yang semakin mengukuh menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang tepat dalam mengendalikan ekonomi negara.


"Namun begitu, kita mesti terus fokus dan memastikan perkara ini dirasai dan dinikmati oleh semua pihak terutamanya golongan yang memerlukan," katanya dipetik ketika berucap pada majlis perasmian Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Putrajaya, semalam.


Razifi berkata kerajaan perlu menilai kaedah sedia ada dan merangka hala tuju untuk membasmi kemiskinan dan kejayaannya banyak bergantung kepada reka cipta program.


Katanya ia termasuk konsep program, keperluan pembiayaan sewajarnya dan keberkesanan tatakelola bagi mencari penyelesaian terbaik yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa


Jelas beliau usaha pembasmian kemiskinan merupakan agenda utama dalam setiap rancangan pembangunan negara bermula dari selepas merdeka yang kemudian disusuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menoktah kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk mencapai perpaduan nasional.


"Saya tidak rasa tidak ada kerajaan yang tak mahu basmi kemiskinan, mana-mana kerajaan mahu membasmi kemsikinan tapi banyak bergantung kepada reka cipta program.


"Kalau peruntukan besar tetapi ia tidak dibina dengan pendekatan yang memberdayakan penerima dan hasil ekosistem mampan sampai bila-bila akan ada pergantungan ini sebenarnya boleh memangsa kumpulan miskin," katanya.


Dalam pada itu kata Rafizi pelaksanaan cadangan dasar dan strategi dalam simposium itu dapat dijadikan input kepada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 dalam usaha kita menoktah kemiskinan.


"Usaha ini menjadi titik tolak kepada pelbagai inisiatif yang lebih mampan dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan miskin dan golongan rentan menerima manfaat dan keluar daripada kemelut kemiskinan," jelasnya.


"Simposium ini dicetuskan dengan hasrat menyediakan satu platform untuk kita berkongsi pandangan, kepakaran dan pengalaman bagi memperhebat usaha kita bagi membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan di seluruh negara. Semua pihak sedia maklum, betapa besarnya azam kerajaan hari ini dalam membasmi kemiskinan," kata beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page