top of page

BAP RM150: Hadiah Kerajaan Madani untuk pelajar Tingkatan Enam



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Sebelum tirai tahun 2024 berlabuh, Kerajaan Madani terus konsisten menabur kebajikan serta bermurah hati menceriakan rakyat negara ini dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan meliputi semua golongan tanpa mengira kaum.


Kali ini sifat perihatin serta kasih sayang Kerajaan Madani melibatkan lebih seratus ribu pelajar-pelajar Tingkatan Enam seluruh negara yang akan memulakan sesi persekolahan 2025/2026 pada Februari tahun depan.


Berita gembiranya adalah mereka bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 setiap seorang yang bakal diagihkan kepada para pelajar tersebut pada Febuari 2025.


Umpama mendapat hadiah daripada Kerajaan Madani menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sudah pasti para pelajar terbabit merasa dihargai serta menceriakan lagi mereka yang bakal menyambung semula persekolahan di Tingkatan Enam tahun depan.


Buat pertama kalinya dalam sejarah, bantuan tersebut diberikan kepada para pelajar berkenaan agar mereka terus bersemangat untuk menyambung pelajaran selepas mengharungi pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Mengulas mengenai BAP tersebut, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, dengan peluasan BAP ianya diharap dapat meringankan beban serta bermanfaat kepada para pelajar terbabit.


Keprihatinan Kerajaan Madani


Kata Fadhlina lagi, bantuan tersebut melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta dan hal itu adalah cerminan keprihatinan Kerajaan Madani yang sentiasa berusaha meringankan beban kewangan ibu bapa serta penjaga dalam melakukan persediaan keperluan sebelum bermulanya sessi persekolahan.


"Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan KPM untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan tingkatan enam selepas mereka menamatkan persekolahan di peringkat SPM.


"Kita mahu anak-anak tingkatan enam ini terus bersemangat menimba ilmu dan meneruskan persekolahan mereka.


"Kita harap inisiatif untuk tingkatan enam ini akan dapat kita tambah baik lagi kerana tingkatan enam sangat penting, ia adalah pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua," ujar beliau lagi.


Jelas Fadhlina, inisiatif itu juga merupakan komitmen berterusan KPM untuk memperkasakan pendidikan selain menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam selepas SPM.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page