top of page

Bantuan subsidi diesel Budi Madani RM200 sebulan mulai 10 Jun



Kerajaan telah meluluskan lebih 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani setakat Khamis.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, penerima subsidi itu akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun ini melalui akaun bank masing-masing.


Bagi penerima tanpa akaun bank pula boleh menuntut Budi Madani secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.


"Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani. Permohonan yang dibuat dalam Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.


"Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024," menurut kenyataan berkenaan.


Budi Madani merupakan usaha Kerajaan Madani untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).


Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan mahu menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.


"Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu.


"Seramai 68,000 petani, 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil juga berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.


"Berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan adalah atas sebab tidak memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Sebagai contoh, terdapat pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian yang berkenaan," jelasnya.


Bagi pemohon individu yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman web Budi Madani iaitu https://budimadani.gov.my.


Sementara itu, pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan agar berbuat demikian terlebih dahulu, sebelum mengemukakan permohonan Budi Madani.


Syarat-syarat kelayakan Budi Madani boleh diperoleh di https://budimadani.gov.my atau hubungi talian 1-800-88-2747/03-8882 4565/ 03-8882 4566 atau secara emel di budimadani@treasury.gov.my


Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperolehi di semua pejabat LHDNM seluruh Semenanjung Malaysia.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page