Oleh: Akmal Manaf
Kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 berbanding RM300 ketika ini.
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesejahteraan para pesara dan veteran tentera tidak akan diabaikan.
''Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,'' katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.
Comments