top of page

Bantuan persekolahan bukti Kerajaan Madani ringankan bebanan keluarga



Bantuan persekolahan yang diberikan di setiap kawasan pada era Kerajaan Madani membuktikan pemerintah prihatin dengan bebanan keluarga dalam menyediakan sejumlah kewangan buat anak anak pada permulaan musim persekolahan.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, keprihatinan Kerajaan Madani itu terserlah apabila sebelum sekolah dibuka, dua bantuan lain iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga telah diberikan kepada rakyat memerlukan.


"Bantuan ini merupakan inisiatif Kerajaan Madani bagi meringankan tanggungan ibu bapa terutamanya golongan B40 dalam membuat persiapan kembali ke sekolah untuk anak-anak pada tahun ini.


"Insentif ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka untuk membeli kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, dan beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing," katanya.


Kata Zulkifli, bantuan kelengkapan persekolahan bernilai sebanyak RM175 seorang kepada murid sekolah rendah dan menengah itu untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian pendidikan terutama mereka yang kurang bernasib baik.


Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Recent Posts

See All

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page