Bantuan Mencurah Untuk Mangsa Kebakaran: Mengapa Pembangkang Gelisah?
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 4 min read

Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Bantuan untuk mangsa-mangsa tragedi kebakaran akibat gas bocor semakin mencurah walaupun kejadian tersebut telah memasuki hari ke enam.
Ini bermakna musibah yang menimpa para mangsa tidak dilupakan dan usaha untuk membela nasib mereka terus dipergiatkan oleh pelbagai pihak khasnya daripada Kerajaan Madani pimpinan PMX Datok Seri Anwar Ibrahim.
Biarlah pemimpin-pemimpin pembangkang berilusi `mengomel begitu begini’ berkaitan dengan sumbangan tersebut kerana apa yang pasti sebenarnya adalah bantuan untuk para mangsa terbabit terus mencurah bukan sahaja kewangan, barangan, kenderaan hinggalah kepada penyediaan tempat tinggal sementara.
Sejak bencana menimpa mangsa pada Hari Kedua Adilfitri lalu, mangsa tidak dibiarkan terkapai-kapai sebaliknya bantuan awal telah digerakkan serta merta.
Pelbagai golongan rakyat Malaysia telah menunjukkan sikap prihatin dan pemurah yang luar biasa untuk bersama-sama membantu meringankan bebanan mangsa tragedi yang tidak diduga itu.
Bantuan yang diterima bukan sahaja daripada orang awam, agensi-agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) para Menteri dan Kementerian masing-masing.
Bantuan paling awal pastinya daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Menteri Pendidikan Malaysia yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek.

Tidak terkecuali, yang disayangi rakyat, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim juga turut mencemar duli turun ke Putra Heights pagi semalam (Sabtu) .
Selepas meninjau tempat kejadian dan diberikan taklimat oleh pihak berkuasa, baginda kemudian melawat pusat penempatan sementara di Masjid Putra Heights untuk melawat dan menyantuni sambil menzahirkan simpati kepada mangsa kebakaran tersebut.
Baginda tidak lupa memberikan sumbangan peribadi kepada semua mangsa yang terlibat.
Sucikan hati bersama membantu
Penulis sendiri (pada Rabu hari raya ke tiga) turut padang untuk bersama menyantuni mangsa-mangsa tersebut bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Selepas menziarahi mangsa, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN bersama pasukan wanita parti tersebut bergegas ke pasaraya untuk membeli barangan yang diperlukan oleh mangsa.
Penulis sendiri menyaksikan betapa rakyat Malaysia yang berhati suci terus membantu apa sahaja yang mereka mampu lakukan demi meringankan bebanan mangsa serta berusaha menceriakan mereka.
Oleh itu wahai pembangkang dan juga 'kaki komen' penulis menasihatkan lebih baik tutup mulut dan berpada-padalah berpolitik .
Jika malas membaca apa yang penulis utarakan ini silalah menyemak sahajalah senarai bantuan yang telah diusahakan untuk menolong mangsa . Sekali lagi penulis ulang tutup mulut baca dahulu senarai panjang pelbagai bantuan yang penulis catatkan ini :-
Antara bantuan yang telah dihulurkan ialah :-
1 .Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri Dan Petronas.
Bantuan Tunai:
RM 5000 untuk pemilik rumah terjejas.
RM 2500 kepada mangsa.
2. Petronas bertanggungjawab membaiki, ganti sepenuhnya perumahan yang rosak.
3.Kementerian Pendidikan Malaysia
Bantuan Tunai:
RM 1000 kepada guru dan murid terjajas. (Seramai 107 warga KPM di kenal pasti terjejas sejak (4 April 2025))
4. Kementerian Dalam Negeri
Kemudahan Gantian Dokumen Pengenalan secara percuma di PPS Masjid Putra Heights.
5.Jabatan Imigresen Malaysia.
Menawarkan Penggantian Passport Malaysia Antrabangsa secara percuma kepada mangsa.
6. Syarikat Automotif Chery Malaysia:
Sumbang 50 kereta untuk mangsa selama sebulan.
7. Pejabat Parlimen Puchong:
Bantuan tunai RM 1000 kepada keluarga mangsa.
8. Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dan beberapa Klinik Haiwan:
Menawarkan sukarelawan misi menyelamat haiwan peliharaan dan liar yang terjejas akibat insiden.
9. Bank Muamalat:
- menawarkan Bantuan Khas Moratorium dan penggantian kad debit dan kad kredit percuma.
10. MERCY MALAYSIA:
Menawarkan bantuan sokongan kesihatan mental kepada mangsa.
11. KEMAS:
Menawarkan Kutipan Tabung Kecemasan Mangsa Kebakaran.
12. Bank-bank Islam (ASSOCIATION OF ISLAMIC BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS MALAYSIA) :
Menyatakan sokongan bagi menawarkan bantuan Kewangan kepada mangsa insiden.
13. Syarikat Kereta Carro:
Menyumbang sebanyak 30 kenderaan untuk kegunaan sementara kepada mangsa.
14. Pengasas Berjaya Group BHD, Tan Sri Vincent Tan:
- Bersetuju menyumbang RM 3,000 kepada setiap keluarga mangsa.
15. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (TAKAFUL MALAYSIA):
- Memberi sumbang sebanyak RM 100,000 bagi membantu mangsa.
16. Bank Rakyat :
Menawarkan penangguhan bayaran sehingga 6 bulan kepada mangsa.
17. Sultan Selangor:
Titah MAIS salur bantuan kepada pelajar terjejas
Titah Masjid, surau berdekatn Putra heights bersedia digunakan sebagai PPS.
18. TNB:
Umum 100 % rebat bil elektrik bagi mangsa.
19. Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) :
Menawarkan 100 unit rumah sementara kepada mangsa.
20. OCBC Bank:
Menawarkan bantuan struktur pinjaman pelanggan terjejas (mangsa).
21. KUSKOP:
Beri Khidmat tangguh kepada pembayaran 6 bulan bagi usahawan terlibat (mangsa).
22. The Malaysian Takaful Association (MTA):
RM 10 ribu kepada Masjid Putra Heights
23. YDPA Sultan Ibrahim
Beri sumbangan pribadi menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor:
Wang Tunai RM 1000 bagi setiap ketua isi rumah.
Rakyat Malaysia nampaknya menunjukkan sikap prihatin dan pemurah yang tinggi berikutan tragedi kebakaran akibat paip gas bocor di Putra Heights.
Bantuan melambangkan rakyat buta kaum, agama
Atas nama simpati, pelbagai pihak - daripada pemimpin politik, tokoh korporat, syarikat swasta, orang kenamaan dan individu biasa yang bersimpati turut hadir menghulurkan bantuan ikhlas masing-masing

Apa yang berlaku ini sebenarnya cukup membanggakan dalam sebuah negara bernama Malaysia.
Tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, semua mereka yang ada kemampuan dan mempunyai lebihan rezeki telah tampil menghulurkan bantuan.
Adakah semakin banyak bantuan semakin menjadikan pembangkang resah gelisah dan ketandusan modal untuk menghentam Kerajaan Madani ? Tepuk dada tanyalah iman.
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Commentaires