top of page

'Bantuan kewangan kepada Sapura Energy demi selamatkan vendor Bumiputera'



Oleh: Akmal Manaf


Sapura Energy Bhd (SEB) wajar dibantu bagi memastikan syarikat minyak dan gas itu dalam keadaan terkawal susulan masalah kewangan yang dihadapinya.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, Sapura merupakan salah sebuah syarikat terbesar minyak dan gas di negara ini yang masih berpotensi dan mempunyai ekosistem yang amat besar.


Menurutnya, syarikat itu juga mempunyai jumlah vendor yang banyak dan akan menyebabkan kehilangan besar mata pencarian sebahagian rakyat andainya syarikat berkenaan terpaksa menutup operasi.


"Risiko terhadap ekonomi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pekerja yang berada dalam Sapura perlu dijadikan salah satu fokus utama dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.


"Walau bagaimanapun, Sapura perlu meletakkan satu tempoh yang sesuai bagi memastikan proses pembiayaan hutang (pinjaman mudah yang diberikan kerajaan) ini dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai isu kewangan melanda syarikat itu yang mempunyai lebih 2,000 vendor PKS sektor minyak dan gas yang majoritinya adalah syarikat Bumiputera.


Dalam hal sama, Nabil berpendapat, kerajaan juga perlu melaksanakan langkah mitigasi bagi menjamin kira-kira 2,000 vendor Bumiputera PKS yang terkesan dengan 'fiasco' Sapura itu.


Beliau menyifatkan, pembiayaan merupakan langkah penting dalam memulihkan kestabilan kewangan vendor dalam ekosistem minyak dan gas yang telah mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan.


"Langkah ini adalah untuk mengimbangi semula situasi serta keadaan Sapura yang kini dalam fasa membiayai semula hutang-hutangnya.


"Kini isunya bukan lagi tentang menyelamatkan sebuah syarikat besar atau menstabilkan saham syarikat itu, tetapi memastikan ekosistem perniagaan vendor kecil di bawah Sapura kembali stabil," ujarnya.


Pembangkang sebelum ini mempersoalkan pelaburan RM1.1 bilion dilakukan oleh Malaysia Development Holding (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) dan menyifatkannya sebagai operasi "bailout" sebagaimana dilakukan kerajaan terdahulu yang ditentang oleh Pakatan Harapan sejak dua dekad lalu.


Bagaimanapun, Kerajaan Madani berhujah bahawa hal yang dilakukan bukan bailout kerana dana diberi dalam bentuk pinjaman dan tidak pula memberikan manfaat kepada mana-mana pemegang saham syarikat Sapura Energy malah pengurusan syarikat tersebut juga diganti dengan muka baharu.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page