top of page

'Bantuan kerajaan kepada rumah ibadat bukan Islam tidak dilarang agama'



Oleh: Akmal Manaf


Isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang berjaya diselesaikan secara harmoni oleh Kerajaan MADANI merupakan tindakan yang menepati semangat maqasid syariah.


Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata, beliau kesal kerana masih terdapat pihak yang terus mencari kelemahan jalan penyelesaian yang diambil Kerajaan itu khususnya berkaitan isu pemindahan kuil berkenaan.


Beliau berkata, kelompok tersebut mendakwa sebarang bentuk bantuan sama ada tapak atau sumbangan kewangan bagi menjayakan pemindahan itu adalah bertentangan dengam hukum Islam dan ia sama seperti meredai atau bersetuju dengan kemungkaran akidah.


Katanya, pengharaman dalam menghulurkan sebarang sumbangan kepada rumah ibadat bukan Islam bukanlah bersifat mutlak, malah terdapat pelbagai pandangan ulama dalam hal tersebut.


''Ada yang mengharamkan dan ada pula yang mengharuskan. Saya bawakan pandangan al-Allamah Prof Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam membincangkan hal ini.


''Beliau menukilkan pandangan dalam membicarakan keizinan kerajaan Qatar membina gereja bagi rakyatnya yang beragama Kristian.


''Beliau menekankan orang bukan Islam yang dibantu itu adalah kelompok yang tidak memusuhi Islam dan merupakan warganegara.


''Mereka memerlukan tempat beribadah yang tidak mengganggu kepentingan orang ramai atau umat Islam. Pembinaan itu sesuai dengan keperluan mereka dalam lingkungan jumlah penganut,'' jelas beliau menerusi satu kenyataan.


Justeru itu ujarnya, semua keharusan tersebut mestilah disandarkan kepada keizinan pemerintah dan bukannya atas pertimbangan individu atau kelompok berkepentingan.


Dalam hal itu, beliau berkata, Sheikh Yusuf al-Qaradawi juga mengingatkan bahawa situasi yang sama juga boleh berlaku di negara yang mana umat Islam adalah kelompok minoriti yang memerlukan keizinan kerajaan bukan Islam dalam membina masjid.


''⁠Dalam isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, ia juga melibatkan pembinaan masjid bagi kegunaan umat Islam setempat. Ia adalah pakej penyelesaian yang dipersetujui bagi mempercepat pembinaan masjid berkenaan.


''Pakej ini juga mendokong prinsip-prinsip maqasid syariah dalam hal menjaga agama (hifz ud-Din) yang meletakkan imej agama Islam dalam kedudukan yang disegani dan dihormati,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod, kebanyakan fatwa ulama terdahulu yang melarang bantuan diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam bukanlah ijtihad yang berdasarkan sistem bernegara seperti hari ini yang didirikan dengan persetujuan semua bangsa dan agama, dan mereka memperolehi kewarganegaraan.


Fatwa pada abad pertengahan berdasarkan orang kafir membayar jizyah di bawah pelindungan kerajaan Islam dengan hak hak yang terhad dan tidak seperti konsep bernegara seperti hari ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page