top of page

Bantuan, insentif STR, BIKKA, diskaun tol buat rakyat sepanjang Ramadan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 27
  • 2 min read


Kerajaan MADANI memahami keperluan rakyat terbanyak dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memberikan pelbagai bantuan, pemberian dan inisiatif sepanjang Ramadan.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, bantuan dan inisiatif tersebut diharap dapat meringankan beban dan memeriahkan lagi suasana menyambut lebaran kali ini.


"Kerajaan MADANI telah mengawalkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2. Dengan jumlah penerima hampir 9 juta rakyat, sebanyak RM1.7 bilion telah diperuntukkan Kerajaan MADANI dengan tarikh pembayaran disalurkan mulai Isnin lalu.


"Kedua, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk Penjawat Awam Gred 15 ke bawah, di mana mereka telah menerima bayaran khas sebanyak 500 ringgit pada hari ini. BKKA juga disalurkan kepada Pesara Kerajaan, termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen, yang menerima bayaran sebanyak 250 ringgit.


"Kerajaan MADANI turut memperluaskan BKKA kepada lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, yang menerima sebanyak 250 ringgit bagi menghargai khidmat bakti mereka," katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, petang ini.


Manakala untuk meringankan beban membiayai kos perjalanan pulang ke kampung atau menziarahi saudara mara, kata Nasrul, Kerajaan telah mengumumkan diskaun tol 50 peratus untuk pengguna lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga 11.59 malam Sabtu, 29 Mac.


Tidak cukup itu, kata beliau, kerajaan juga telah berunding dengan syarikat telekomunikasi untuk memberikan Insentif Rebat Rahmah agar pengguna boleh mengeratkan lagi silaturahmi pada hari raya.


"Kementerian Komunikasi juga telah mengumumkan Insentif Rebat Rahmah. Ini adalah pemberian tambahan kuota data internet minimum 5 gigabyte secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan prabayar dan pascabayar, pada hari pertama Aidilfitri," katanya lagi.


Sehubungan itu, kata beliau, Perdana Menteri berharap semoga segala ikhtiar tersebut dapat membantu orang ramai membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih bermakna, serta memberi kesejahteraan buat rakyat selaras dengan teras MADANI.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page