top of page

Bantuan Budi Madani: 'Tidak tarik subsidi, alih kepada rakyat'



Bantuan penyasaran subsidi melalui Budi Madani berupa tunai RM200 dimasukkan ke akaun pemilik kenderaan diesel individu dan petani kecil mulai 10 Jun lalu adalah langkah terbaik untuk membantu rakyat yang memerlukan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin, mekanisme bantuan itu suatu idea baik berbanding subsidi pukal sebelum ini yang banyak disalahgunakan untuk tujuan penyeludupan.


"Pelaksanaan (subsidi bersasar) ini dapat membendung isu penyeludupan diesel ke luar negara yang selama ini hanya membazirkan peruntukan subsidi Kerajaan. Sebahagian besar jumlah subsidi pukal itu diterima oleh pihak yang tidak sepatutnya.


"(Dengan penyasaran subsidi) golongan rentan sama sekali tidak terkesan kerana mereka layak menerima pembahagian semula subsidi dalam bentuk bantuan tunai, yang mampu memberikan penjimatan semula kepada pengguna bahan api itu," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Azman selain bantuan susbidi diesel kepada kenderaan individu, kerajaan juga menyediakan bantuan RM200 bagi subsidi diesel untuk petani kecil di bawah skim Budi Agro-Komoditi.


Beliau turut membidas sesetengah pihak yang mendakwa kononnya kerajaan telah menghapus subsidi diesel sejak 10 Jun lalu.


Apa yang berlaku, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri itu, subsidi telah dialihkan daripada pemberian pukal kepada pemberian bersasar, sama ada kepada individu atau syarikat.


Tegas beliau, subsidi bersasar akan lebih efektif kepada rakyat yang memenuhi kriteria ditetapkan. Mereka yang berkelayakan, katanya, boleh memohon melalui laman web rasmi di https://budimadani.gov.my/


"KEADILAN Wilayah Persekutuan yakin bahawa langkah ini merupakan satu tekad politik yang berani oleh Kerajaan Perpaduan dan bakal membawa manfaat yang besar kepada ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page