top of page

Bantuan banjir Sarawak perlu segera diagih kepada rakyat - Abun


Abun Sui Anyit mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Long Kajang pada Ogos 2024
Abun Sui Anyit mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Long Kajang pada Ogos 2024

Bantuan banjir seringkali diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sebaik sahaja situasi mulai pulih.


Namun menurut Senator Abun Sui Anyit, pengagihan di peringkat bawahan terutama dalam kalangan mangsa banjir di Sarawak seringkali mengalami kelewatan.


Beliau yang berterima kasih kepada Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir tahun lalu berkata, terdapat Ketua Isi Rumah (KIR) di penempatan Long Kajang, Belaga yang masih belum menerima bayaran bantuan sehinggalah banjir melanda Sarawak sekali lagi tahun ini.


"Walaupun setahun berlalu, penduduk Long Kajang masih belum menerima bantuan tersebut.


"Menurut Jawapan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kepada perbahasan saya semasa Persidangan Dewan Negara 11 Januari 2024, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan agar penduduk (KIR) melapor banjir tersebut di Pejabat Daerah Belaga.


"Dalam bencana banjir tahun 2023 sebanyak dua kali, keseluruhan rumah panjang Long Kajang telah musnah. Menyebabkan mereka terpaksa berpindah di tapak baru yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan.


Manakala tapak baharu itu, kata Abun, masih belum diluluskan oleh Jabatan Hutan Sarawak walaupun syarikat pembalakan berdekatan sudah bersedia meratakan tapak sekiranya sudah mendapat kelulusan.


"Justeru, saya merayu Pegawai Kerajaan Sarawak yang berkaitan agar segera meluluskan bantuan banjir dan tapak rumah Long Kajang pada kadar segera," kata Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu.


Abun juga berharap mangsa banjir Long Busang dan Long Kajang yang masih belum menerima bantuan segera RM1000 agar dipertimbangkan dalam agihan bantuan kali ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page