top of page

Bantuan banjir RM1,500: AMK Pulau Pinang hargai sumbangan PMX



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas bantuan kewangan RM1,500 kepada mangsa banjir di negeri tersebut.


Ketua AMK negeri, Fadzli Roslan berkata, sumbangan wang tunai RM 500 daripada Perdana Menteri dan RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sememangnya memberi kelegaan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.


“Bantuan yang diumum diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir dan ribut yang baru-baru ini.


“Walaupun kerugian bagi sesetengah keluarga mungkin mencapai puluhan ribu ringgit, bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, sayap pemuda KEADILAN juga menghargai bantuan yang diberikan kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir, termasuk sumbangan RM13 juta kepada mangsa di Kedah yang diumumkan pada hari Sabtu lalu.


“Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri tidak menganak tirikan mana-mana negeri, sama ada ditadbir oleh kerajaan atau pembangkang,” ujarnya.


Dalam pada itu, AMK Pulau Pinang juga menyeru semua mangsa untuk mendaftar di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan.


Semalam, Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi sumbangan tunai kepada 202 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang.


Setakat ini, sebanyak 11 PPS dibuka di tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara membabitkan 760 mangsa daripada 202 keluarga bermula 17 hingga 19 September lalu.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page