top of page

Bantuan awal persekolahan mula diagih, 5.2 juta murid dapat manfaat



Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Enam bagi sesi persekolahan 2024/2025 mula diagih hari ini.


Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata peruntukan berjumlah RM791.25 juta yang diberikan oleh kerajaan secara sekali bayar itu bakal dinikmati lebih 5.2 juta murid.


"Tahun ini adalah tahun ke-13 Kementerian Pendidikan melaksanakan BAP dengan pemberiannya diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam yang akan disalurkan pada Februari kepada kira-kira 100,000 pelajar tersebut.


"BAP diberikan kepada murid warganegara Malaysia bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2025 Peringkat Johor di Johor Bahru hari ini.


Pada 10 Januari lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pemberian BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini.


"Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang," katanya.


Agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025 manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.


"Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid," kata kenyataan itu.


Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah:


  • Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah)


  • Pengkreditan ke akaun bank murid


  • Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page