top of page

Bantuan Awal Persekolahan diagihkan mulai Isnin depan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI akan mula menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula 13 Jan ini.


Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, agihan sama untuk pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 akan bermula pada 16 Februari manakala agihan kepada pelajar Tingkatan 6 baharu akan bermula 1 Julai.


"Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791.25 juta khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.


"Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.


"Inisiatif BAP ini menyerlahkan keprihatinan kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan," menurut kenyataan itu.


KPM sementara itu memaklumkan beberapa kaedah agihan BAP kepada murid akan dilakukan termasuk oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).


Agihan juga menggunakan kaedah lain seperti pengkreditan ke akaun bank murid atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa yang mula dilaksanakan pada tahun 2025.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page