Bagi memastikan lebih ramai rakyat di Selangor mampu memiliki kediaman sendiri Kerajaan Negeri merancang untuk memperluaskan Skim Smart Sewa.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bagi tujuan itu pihaknya akan bertemu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
"Saya akan bincang dengan KPKT untuk menilai semua perumahan mereka di sini supaya sistem smart sewa yang kita adakan ini boleh kita lanjutkan dan dikembangkan di perumahan kos rendah yang lain.
"Kerana terbukti dengan hampir 1,000 rumah ini, kutipannya baik, kadar servis kepada penduduk baik, dari segi kemudahan penduduk juga dapat dijaga kerana fi penyelenggaraan dapat dijamin," kata Naib Presiden KEADILAN itu selepas merasmikan Jelajah #KitaSelangor Penyayang di Gombak semalam.
Sementara itu jelasnya, setakat ini sebanyak 1,000 buah rumah telah terlibat dengan program tersebut dan 800 keluarga pula telah menyertai skim tersebut.
Daripada aspek kutipan sewa pula, ia mencecah sehingga 95 peratus walaupun ketika pandemik Covid-19 lalu.
Comentários