top of page

Bank Negara cari solusi sementara isu kenaikan insurans perubatan - Sim



Oleh: Akmal Manaf


Isu kenaikan premium insurans perubatan akan ditangani oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengawal selia syarikat insurans.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, BNM berjanji akan mencari solusi bersifat sementara kepada isu kenaikan premium insurans perubatan tersebut.


Menurutnya, beliau telah menghadiri sesi Pembentangan Mengenai Inflasi Kos Perubatan dan Penentuan Semula Harga Insurans dan Takaful Perubatan serta Kesihatan pagi tadi dan mendapat jaminan berkenaan.


"(Dalam pertemuan) kerajaan menjelaskan beberapa faktor kenaikan premium, antaranya seperti peningkatan NCD dalam kalangan rakyat, demografi masyarakat menua, kemajuan teknologi perkhidmatan kesihatan dan juga gaji tenaga.


"Kami Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berterima kasih kepada YB MK2 dan Gabenor Bank Negara Malaysia kerana sudi hadir dan memberi taklimat kepada kami," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.


Terdahulu, ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BNM dengan kerjasama Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti kenaikan premium insurans perubatan dan satu garis panduan tegas akan dikeluarkan.


Menurut Anwar, garis panduan tersebut dikeluarkan agar produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) serta pengendali takaful (ITO) mengambil kira beberapa hal.


''Walau bagaimanapun, pihak KKM bersama BNM sedang menyelaraskan supaya kenaikan itu dianggap munasabah dan tidak membebankan.


''BNM dan KKM akan menentukan ada kawalan supaya kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan akan menimbulkan banyak masalah kepada pesakit serta masalah kepada peningkatan inflasi,'' katanya.


Untuk rekod, Sim Tze Tzin merupakan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang lantang membangkitkan isu caj perubatan di hospital swasta yang amat tinggi terutama ke atas pesakit yang mempunyai insurans perubatan di Dewan Rakyat sejak sebulan lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page