top of page

Banjir: Setiausaha Politik MB Selangor bidas kenyataan pemuda Pas



Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Selangor menempelak sikap pemimpin Pas yang cuba bermain politik dalam isu banjir di negeri itu.


Saifuddin Shafi Muhammad sebagai menjawab kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Selangor, Kamarul Jamaluddin kononnya langkah menggantikan Amirudin dapat menyelesaikan isu banjir di negeri itu berkata, langkah seperti itu wajar dimulakan Pas di negeri-negeri ditadbir mereka.


"Saya konsisten bahawa eloklah mereka menukar dulu Menteri Besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


"Semalam (Isnin) Perlis dilanda banjir kilat, maka eloklah Menteri Besar Perlis ditukar juga.

"Itu sekiranya perbandingan hendak dilakukan tentang keberkesanan pengurusan bencana di antara Selangor dengan empat negeri di atas," katanya dalam satu kenyataan.


Saifuddin sebelum ini menyifatkan pemuda Pas sebagai “bodoh sombong” kerana mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri.


Dalam kenyataan sama beliau menegaskan, kerajaan Selangor sentiasa mengambil langkah mitigasi dan pengurusan banjir dalam menangani bencana alam itu.


"Kejadian banjir di Ijok baru-baru ini berpunca dari kegagalan projek tebatan banjir Sungai Buloh dianugerahkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air pada tahun 2020.


"Projek yang sepatutnya siap Disember 2024 itu baru sahaja selesai 70%.


"Sewajarnya Pemuda Pas Selangor bertanya apakah kriteria pemilihan kontraktor sehingga kini gagal menyelesaikan projek penting dalam masa yang ditetapkan," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page