Oleh: Akmal Manaf
Musibah banjir yang ‘membadai’ beberapa negeri kali ini terutama di Pantai Timur, sememangnya mempunyai hikmah tersendiri termasuk meningkatkan nilai simpati dan ihsan sesama rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cakna dengan situasi semasa banjir menyifatkan beliau melihat 'sesuatu' ketika musibah melanda negara kali ini.
''Sementara kita hadapi masalah (bencana banjir), kita lihat semangat, kesatuan dan ihsan rakyat Malaysia.
''Semangat kesatuan itu sesuatu yang luar biasa ditonjolkan pelbagai kaum, daerah dan juga negeri.
''Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sehingga jam 8.15 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas akibat banjir yang melanda lapan negeri terus menurun kepada 94,667 mangsa daripada 28,501 keluarga.
Jumlah itu berkurangan berbanding 99,823 mangsa setakat malam tadi dengan Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi.
Lapan negeri yang masih banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perak, Melaka dan Perlis.
Comments