top of page

Banjir Putrajaya: Menteri jamin kaji sistem saliran guna kaedah terkini



Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran Malaysia dirancang dua dekad lalu sebagai bandar kalis banjir bagi mengelakkan kemacetan atau tertangguhnya urusan sebagaimana di ibu negara Malaysia yang dibelah Sungai Kelang dan Gombak di tengah tengahnya.


Bagaimanapun, banjir kilat yang berlaku di Presint 11 semalam mengejutkan banyak pihak sehingga Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu pulang daripada lawatan tiga hari ke Labuan terpaksa bergegas untuk meninjau keadaan.


Dr Zaliha Mustafa berkata, dari maklumat awal yang beliau terima, banjir luar jangka itu berlaku akibat paras hujan yang turun melebihi jangkaan kapasiti saliran yang dibina sejak 25 tahun lalu.


Katanya, kajian semula perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem saliran sedia ada agar sesuai dengan perubahan iklim dan curahan hujan yang meningkat pada waktu ini.


"Aliran air di kawasan perumahan ini menggunakan culvert system. Walaupun besar keluasannya, tetapi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan yang lebat tiba-tiba menyebabkan ia tidak dapat menampung kapasiti air yang terlalu banyak.


"Jadi, untuk jangka masa panjang kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melihat kembali sistem saliran ini. Jika didapati memang tidak dapat menampung, kita akan ambil tindakan menambahbaik bagi mengelakkan perkara sama berulang.


"Saya juga melihat ada kemungkinan untuk kita fikir lebih jauh ke hadapan dengan meneroka sistem yang lebih maju untuk pembangunan-pembangunan baru, seperti konsep sponge city, on-site stormwater detention (OSD) atau kolam takungan bawah tanah. Walau bagaimanapun, ini memerlukan kajian yang teliti sebelum dilaksanakan sebagai dasar baharu pembangunan di Putrajaya," katanya.


Banjir kilat sehingga 1 meter menenggelamkan kereta penduduk Presint 11 semalam

Selain itu, Dr Zaliha turut menawarkan bantuan kepada 20 pemilik kereta yang tenggelam semalam dengan bayaran bantuan sebanyak RM1,000.


"Saya zahirkan rasa simpati kepada mereka yang terkesan akibat insiden ini. Sehubungan itu, saya ingin maklumkan bantuan kewangan berjumlah RM 1,000 kepada 20 pemilik kenderaan yang ditenggelami air," katanya.


Di samping itu, beliau juga meminta agar pihak Perbadanan Putrajaya membuat parkir interim yang boleh memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dalam tempoh dua minggu.


Perbadanan Putrajaya turut diminta menyediakan sistem amaran awal dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan tersebut untuk alihkan kenderaan dengan segera. Hal itu, katanya, boleh dilaksanakan dengan menggunakan Internet of Things (IoT) yang mana sensor akan dipasang di petak-petak penyelenggaraan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air.


Kawasan perumahan Presint 11 yang terkesan banjir semalam mempunyai kira kira 2,500 buah rumah dengan anggaran penduduk sekitar 10,000 orang.


Manakala punca banjir akibat hujan yang lebat di bahagian hulu dan air naik dari Sungai Anak Gajah, menyebabkan aliran air tersekat dan berlaku limpahan di kawasan yang lebih rendah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page