top of page

Banjir: Pusat Khidmat Parlimen Tebrau diaktifkan, pelawa sukarelawan bantu



Oleh: Hasbul Ahmad


Susulan kejadian banjir yang semakin memburuk Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse memaklumkan pusat khidmat dikendalikannya diaktifkan sepenuhnya.


Beliau ketika dihubungi berkata, buat masa ini Pusat Khidmat Parlimen Tebrau memberi tumpuan kepada usaha mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap dan menghantar barangan keperluan harian seperti makanan dan selimut ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


"Di dalam parlimen ini kawasan yang terjejas teruk susulan peningkatan air di sekitar Sungai Tebrau adalah sekitar Pasar Borong Pandan dan Jalan Tebrau. Sekarang ini daripada 22 PPS yang dibuka di daerah Johor Bahru dan 13 daripadanya dalam parlimen Tebrau.


"Pusat Khidmat Parlimen Tebrau telah mengaktifkan semua anggota untuk turun membantu. Kami ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia yang telah memulakan bantuan awal," katanya ketika dihubungi.


Dalam pada itu Jimmy berkata, pihaknya memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk membantu di lapangan, terutamanya dalam menguruskan bekalan bantuan manakala kerja pembersihan pasca banjir perlu disusun bersama para sukarelawan.


"Pasca banjir lebih penting. Kita memerlukan bantuan tenaga dan peralatan untuk membantu, dan sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan," katanya lagi.


Beliau yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Johor berkata, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi terus Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Johor dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page