top of page

Banjir: MoT tubuh jawatankuasa khas gerak atur misi bantuan



Kementerian Pengangkutan (MoT) menubuhkan sebuah jawatankuasa petugas khas bagi menyelaraskan misi bantuan banjir.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook, berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha MoT akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaras misi bantuan.


"Kabinet telah berbincang untuk mengerah jentera kerajaan membantu mengatasi bencana banjir di Pantai Timur, termasuk Kelantan yang sangat teruk kali ini.


"Kita bukan sekadar untuk tunjuk muka saja, sebaliknya MoT mengambil langkah proaktif supaya segala keperluan dapat disediakan.


"MoT akan bekerjasama dengan NADMA dari segi penyelarasan jentera dan peralatan agar sumber itu tidak dibazirkan. Justeru, koordinasi adalah penting supaya kita tahu apa keperluan dan akan membuat kerahan mengikut keperluan berkenaan," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Kementerian Pengangkutan, di Balai Raya Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, di Seremban pada Sabtu.


Banjir di negeri Kelantan disifatkan sebagai terburuk setakat ini, setakat jam 5 petang semalam kira-kira 90,000 mangsa di negeri itu sudah dipindahkan ke 288 pusat pemindahan sementara (PPS).


Sementara di Terengganu, Kedah dan Johor terus mencatatkan peningkatan mangsa yang dipindahkan.


Bagi tempoh sama, situasi banjir di Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor semakin pulih. Manakala di Perak PPS di SK Parit Haji Aman di daerah Kerian ditutup sepenuhnya jam 3 petang setelah keadaan didapati pulih dengan semua mangsa dibenarkan pulang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page