top of page

Banjir: MB Kedah jangan sibuk lawatan, keutamaan bersama rakyat hadapi musibah



Lawatan sambil belajar Menteri Besar (MB) Kedah ke Jepun seharusnya disingkatkan apabila negeri di bawah jagaannya dilanda banjir sejak kelmarin.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, bersama sama rakyat ketika musibah melanda jauh lebih utama kepada MB daripada meneruskan lawatan.


Apatah lagi, kata Dr Taufiq, ilmu pembinaan takungan air bawah tanah yang mahu dipelajari itu tidak diperlukan sangat oleh pihak Kerajaan Negeri dalam membina empangan bawah tanah di Langkawi kerana projek tersebut diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan.


"Saya merujuk kepada satu kenyataan terkait keberadaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Jepun untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah.


"Bagaimanapun, projek pembinaan Empangan Bawah Tanah di Pulau Langkawi merupakan projek penuh Kerajaan Persekutuan melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) sebagai pelaksana.


"Penilaian teknikal juga akan diuruskan oleh agensi ini, yang kini sudah pun di peringkat pra-pelaksanaan," kata Dr Taufiq dalam kenyataan hari ini.

MB Sanusi mengikuti lawatan sambil belajar

Tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah itu, tidak menjadi satu keperluan mendesak buat Menteri Besar Kedah menyertai lawatan kerja mempelajari model projek berkenaan.


Oleh itu, katanya, seharusya MB kembali kepada peranan utama beliau untuk memastikan operasi pemindahan mangsa banjir berjalan lancar serta bantuan makanan dan keperluan asas lain diuruskan dengan sebaiknya.


"Beliau (MB diingatkan) janganlah bertindak "lebih sudu dari kuah" tatkala belum ada lawatan seperti ini dilakukan oleh Menteri di Persekutuan (berkenaan projek takungan bawah tanah) walaupun beban pelaksanaan projek ini adalah di bahunya.


"Selain fokus menyiapkan projek loji-loji air sedia ada di bawah tanggungjawabnya, sosoknya sebagai Menteri Besar juga wajar meletakkan keutamaan yang lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat yang sedang menghadapi ujian banjir


"Angka mangsa yang banjir di Kedah telah menunjukkan peningkatan sehingga 7,469 orang mangsa setakat pagi ini tatkala rakyat masih menunggu apakah pelan mitigasi banjir oleh Kerajaan Negeri bagi membantu gerak kerja agensi sedia ada di peringkat Persekutuan," katanya lagi.


Untuk rekod, sejak semalam terdapat netizen yang membandingkan tindakan pantas MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada hari pertama dan kedua banjir besar di Selangor pada Disember 2021 lalu.


Beliau yang sepatutnya melawat ke sebuah negara Arab telah membatalkan lawatannya dan turun membantu termasuk menyelamatkan sendiri kanak kanak di sebuah rumah pangsa yang tenggelam di Shah Alam pada waktu itu.


Banjir di Kedah menyaksikan daerah Kota Setar terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang berpindah ke 11 PPS. Daerah Kubang Pasu juga meningkat apabila dua lagi PPS dibuka menjadikan 9 PPS.


Sebuah lagi PPS dibuka di daerah Pokok Sena menjadikan jumlah keseluruhan lima PPS di daerah itu manakala di daerah Pendang mencatatkan peningkatan mangsa.


Selain itu, daerah Kuala Muda, Kulim Bandar Baharu dan Kulim juga dilanda banjir dengan beberapa sungai utama seluruh Kedah berada pada paras bahaya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page