top of page

Banjir: Kerajaan import beras dari banyak negara, bekalan dijamin



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan beras mencukupi bagi memenuhi keperluan meskipun beberapa kawasan penanaman padi di utara Semenanjung terjejas susulan banjir baru-baru ini.


Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui selepas menghadiri satu program di Pontian pada semalam berkata, Malaysia telah memeterai perjanjian dengan beberapa negara pengeluar beras antaranya India dan Pakistan bagi tujuan import untuk memastikan bekalannya mencukupi.


"Baru-baru ini, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melawat India, kita ditawarkan tambahan (import) 200,000 tan beras lagi. Pakistan juga tawarkan beras putih," katanya dipetik.


Beliau juga turut memaklumkan Malaysia juga mengimport bekalan beras dari Thailand dan Vietnam.


Mohamad Sabu melalui laporan media akhir bulan lalu memaklumkan, banjir yang melanda kawasan jelapang padi di Kedah dan Perlis menyebabkan kerugian dianggarkan RM40 juta kepada pesawah.


Bagi menangani kemungkinan berlaku kekurangan beras beliau berkata, bagi tempoh jangka pendek, kerajaan akan berusaha meningkatkan infrastruktur tanaman padi di luar kawasan tanaman rancangan bagi membolehkan pengeluaran beras dipertingkat secepat mungkin.


Manakala bagi perancangan jangka panjang, kementerian akan membuka jelapang padi baharu di Sabah dan Sarawak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page