Menteri Dalam Negeri (KDN) mengarahkan tahap kesiapsiagaan dikekalkan bagi berdepan gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui pemberita ketika lawatan dan tinjauan mangsa banjir di sini Tumpat pada Jumaat berkata, berkata beliau sudah mengarahkan tahap kesiapsiagaan itu kepada seluruh pasukan di bawah KDN dengan keutamaan diberikan pada menyelamat nyawa dan harta benda.
"Permintaan saya tahap kesiapsiagaan perlu dikekalkan dan saya harap prestasi sama dapat digerakkan nanti.
"Ketika tiga hari kemuncak banjir baru-baru ini iaitu bermula Khamis hingga Sabtu, pasukan penyelamat berjaya memindahkan ratusan ribu mangsa banjir hasil daripada persiapan awal yang dilakukan.
"Maka, strategi sama akan diatur gerak sekiranya berlaku gelombang kedua banjir dalam masa terdekat kerana faktor keselamatan penduduk diberi keutamaan," katanya dipetik.
Jabatan Meteorologi menjangkakan luruan monsun dijangka melanda pada 8 hingga 14 Disember ini berpotensi membawa hujan lebat berpanjangan dan mencetuskan gelombang kedua banjir di negeri Pantai Timur Semenanjung.
Selain itu hujan lebat berterusan dalam tempoh sama turut berpotensi melanda Sarawak dan Sabah, selain negeri-negeri di barat Semenanjung apabila intensiti luruan adalah kuat.
Sementara itu Saifuddin mendedahkan melalui persiapan agensi persekutuan dan koordinasi , seramai Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang baik, pasukan keselamatan berjaya memindahkan lebih 118,000 dalam tempoh 72 jam pertama gelombang banjir yang melanda minggu lalu.
"Itu kerana persiapan awal. Jadi strategi sama pendekatan sama, kita harap atur gerak yang sama dapat dikekalkan," katanya.
Comments