top of page

Banjir enam negeri jumlah mangsa cecah 30 ribu - PM



Banjir di enam negeri sejak kelmarin semakin memburuk hari ini dengan lebih 30,000 mangsa dipindahkan.


Hal itu diberitahu kepada Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pertanyan Perdana Menteri (PMQ) pagi ini.


"Enam negeri terkesan dengan banjir ketika ini (iaitu) Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.


"Setakat 9.32 pagi ini jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189, membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri.


"Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka setakat ini dan saya ucap terima kasih kepada TPM1 (Timbalan PM) dan NADMA juga seluruh jentera, termasuk (peringkat) negeri yang memberi kerjasama persiapan yang lebih baik tahun ini," katanya.


Menurut PM lagi, Kelantan merupakan negeri tertinggi mencatat rekod mangsa banjir dan beliau memaklumkan kerajaan dengan segala agensi yang terlibat berusaha melakukan yang terbaik menyelamatkan mangsa dan membawa mereka ke pusat pemindahan banjir.


"Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang iaitu 9,223 keluarga.


"Di bawah TPM1, NADMA telah diarah untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri.


"Penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut November 2024 hingga Mac 2025," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page