top of page

'Banjir akibat perubahan iklim, tidak selesai dengan tukar MB '



Oleh: Akmal Manaf


Kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Selangor, Kamarul Jamaluddin berhubung isu banjir di Selangor baru-baru ini, hanya ke arah ingin 'menonjolkan diri' dan menjadi 'jaguh'.


Dalam laporan media pada 8 Oktober lalu, Kamarul menyifatkan langkah menggantikan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diyakini dapat menyelesaikan isu banjir di negeri berkenaan.


Membidas kenyataan sayap pemuda parti pembangkang itu, Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Gombak, Datuk Hazmimi Johar berkata, kenyataan Kamarul itu lebih kepada retorik politik dan langsung tidak berasas.


Hal ini, katanya, banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di Selangor baru-baru ini disebabkan faktor perubahan musim monsun dan perubahan iklim dunia (climate change).


"Perubahan (musim monsun dan climate change) turut berlaku di beberapa negeri ditadbir urus oleh Pas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, dan perubahan itu telah berlaku sejak dulu (beberapa tahun lalu) lagi.


"Sewajarnya beliau (Kamarul) juga perlu menuntut agar semua Menteri Besar Pas meletakkan jawatan kerana kegagalan mereka menguruskan banjir kilat yang sering berlaku di bawah pentadbiran mereka," katanya dalam kenyataan.


MB Selangor menyantuni mangsa banjir di beberapa daerah, termasuk di Ijok baru baru ini

Hazmimi dalam pada itu menasihatkan pemimpin sayap pemuda Pas agar berpolitik secara sihat dan lebih peka serta ambil tahu tentang tadbir urus Kerajaan Selangor sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang akhirnya akan berbalik kepada pihaknya sendiri.


Katanya, kerajaan Selangor telah pun mengeluarkan peruntukan yang besar saban tahun untuk menangani banjir.


Bagaimanapun projek besar seperti tebatan banjir terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan tidak akan merobah apa apa sekiranya MB ditukar sebagaimana cadangan Pas.

Datuk Hazmimi Johar

"Atas kepekaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menangani isu banjir Kerajaan Negeri telah menubuhkan badan khas Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.


"Kerajaan negeri telah menggerakkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Team Selangor, sukarelawan, jentera parti dan pimpinan politik seperti Ahli Majlis dan Ketua Kampung agar sentiasa bersiap siaga.


"Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga dibuka dan diaktifkan semula. Selain itu, usaha juga sedang dilakukan untuk meningkatkan sistem pengaliran dan saliran yang berisiko banjir," katanya.


Jelas beliau lagi, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan bantuan keperluan sewajarnya dan sumbangan kewangan bernilai RM1,000 kepada keluarga yang berlindung di PPS dalam kejadian banjir tempoh hari.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page