top of page

Banjir akibat ECRL: Penduduk Sungai Chinchin dipindah ke rumah sewa




Penduduk melibatkan 21 buah rumah di sekitar Sungai Chinchin, Gombak, Selangor yang terjejas akibat banjir kesan daripada pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibangunkan firma China akan dipindahkan ke rumah sewa yang ditanggung oleh syarikat pemaju.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemindahan sementara itu dilakukan kerana kawasan itu rendah dan berisiko dinaiki air sepanjang waktu pembinaan projek itu.


"Pemindahan sementara 21 buah rumah yang terlibat masalah banjir memandangkan ia berada di Kawasan rendah dan berisiko dinaiki air sepanjang waktu pembinaan dijalankan.


"Mereka akan berpindah ke rumah sewa dan kos terlibat akan ditanggung pihak MRL (Malaysia Rail Link (MRL)," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.


Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat khas Pegawai Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, MRL dan wakil penduduk Sungai Chinchin membincangkan isu berkaitan pembinaan ECRL berhampiran Sungai Chinchin.


Jelas Amirudin berkata sebuah kolam tadahan akan dibina bagi mengatasi banjir kilat yang berlaku. ⁠


"MRL bersetuju menanggung kos membaiki kerosakan rumah yang disebabkan letupan bahan serta jalan-jalan utama yang turut terkesan," katanya.


Beliau berkata pihak MRL juga bersetuju menghentikan kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut pada Ahad dan hari-hari tertentu seperti hari peperiksaan.


Amirudin berkata pembinaan ECRL sebelum ini menimbulkan beberapa keresahan dan kesan kepada penduduk Sungai Chinchin dan Gombak Utara.


"Salah satu masalah utama adalah peningkatan kekerapan banjir kilat, pencemaran bunyi, pencemaran udara dan habuk serta insiden paip pecah," katanya.


ECRL, projek sejauh 665km dijangka beroperasi pada 2027 bagi menghubungkan kawasan Pantai Timur dengan Pantai Barat dan merentasi 20 stesen di empat negeri meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.


Ia melibatkan kos sebanyak RM50.27 bilion.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page