top of page

Bangunkan Gaza : Usaha murni PMX wajar dipuji



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi antara pemain utama dalam pembangunan semula Gaza, Palestin yang musnah adalah langkah terpuji yang seharusnya diberi sokongan dengan hati ikhlas serta minda yang bersih.


Bagi sesiapa mengenali sosok tubuh serta jiwa murni PMX, beliau adalah pemimpin Islam bertaraf dunia yang tidak pernah melupakan bumi Gaza yang dibanjir darah serta air mata rakyat Palestin.


Sebab itu adalah sangat menghairankan jika ada pemimpin Islam di negara ini yang tidak senang dengan PMX dan `membebel’ berkaitan usaha PMX mahu mempercepatkan bantuan pembangunan Gaza.


Mereka perlu sedar, adalah jelas bahawa usaha membangunkan Gaza yang digerakkan oleh PMX selaras dengan ajaran Islam yang menuntut supaya umatnya sentiasa menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang kesusahan.


Dalam hal ini, rekod PMX sejak sekian lama adalah konsisten membantu umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia yang ditimpa bencana walaupun di mana mereka berada.


Dayus jika Malaysia hanya memerhati


Amat zalim dan dayus jika Malaysia memilih untuk sekadar menjadi pemerhati semata-mata tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada penduduk Gaza yang mengalami banyak kemusnahan itu.

Noraini Nordin
Noraini Nordin

Akibat serangan Israel, umat Palestin di Gaza bukan sahaja mengalami kemusnahan rumah, sekolah, hospital dan lain-lain kemudahan, bahkan mereka juga mengalami kemusnahan dalam hidup kerana kehilangan ibu bapa, anak dan saudara-mara yang dibunuh secara zalim.


Lantaran itu, reaksi pantas Malaysia melalui PMX untuk membantu membangunkan semula Gaza hendaklah dipuji dan disanjung tinggi.


Patut bangga dengan komitmen PMX


Kita rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan komitmen Perdana Menteri. Ia menunjukkan Malaysia masih memiliki jiwa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu sesama umat Islam.


Tidak perlu mana-mana pihak punya rasa bimbang kononnya dengan membantu Gaza akan menyebabkan peruntukan membangunkan sekolah dan hospital di negara sendiri akan terbantut atau terabai.


Mustahil secetek itu pemikiran PMX, bahkan diyakini peruntukan untuk pembangunan dalam negara sama sekali tidak terganggu dengan usaha membantu membangunkan semula Gaza.


Sebagaimana disebut Anwar sendiri, masalah dalam negara tidak mungkin selesai sepenuhnya tetapi usaha membantu Gaza tetap perlu dilakukan.


Ertinya kalau mahu menunggu masalah dalam negara selesai terlebih dahulu baru Gaza dibantu, sampai kiamat pun bantuan itu tidak akan mampu dihulur.


Ini kerana masalah dalam negara tidak akan selesai sampai bila-bila, masa silih berganti dan masalah yang datang akan bertukar bersilih ganti.


Peruntukan untuk membangunkan semula Gaza bukanlah diambil daripada peruntukan membina sekolah atau hospital di di Malaysia setiap tahun.


Selain memperkenalkan kaedah wakaf dengan mewujudkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, dana juga mungkin diperolehi melalui sumbangan syarikat swasta dan individu yang berkemampuan. Melalui kaedah ini, sesiapa sahaja yang ingin membantu boleh berbuat demikian secara sukarela.


Pokoknya, dengan membantu membangunkan semula Gaza, tidak akan menjejaskan sedikit pun peruntukan kerajaan untuk kepentingan rakyat Malaysia.

_________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page