top of page

Bandar Tun Razak dapat calon gred A, bukan lagi katak - Nik Nazmi



Parlimen Bandar Tun Razak yang menjadi kubu kebal KEADILAN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 akan mendapat calon gred A dan bukan lagi katak lompat pada PRU ke 15.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, biar pun ada Akta Anti Lompat Parti namun tidak boleh diperkecilkan risiko terdapat 'katak gila'. Hal itu hanya boleh diselesaikan dengan meletakkan calon gred A sahaja.


"PRU 2018 tidak ada kerusi di Kuala Lumpur yang dimenangi oleh BN. Tetapi kita mengaku ada rekod tak cantik di Bandar Tun Razak.


"Dari 2008 sampai sekarang kita tampilkan calon yang khianat kepada perjuangan.


"Sebab itu tugas paling besar parti adalah untuk meletakkan calon gred A terbaik di Bandar Tun Razak. Kita tidak mahu letak katak biar pun ada Akta Lompat Parti, kerana ada juga katak yang gila," katanya dalam Ceramah Jelajah Rakyat Bandar Tun Razak, malam tadi.


Ahli Parlimen Setiawangsa itu jelas kecewa dengan Datuk Kamaruddin Jaafar yang diberi peluang bertanding di kubu KEADILAN biar pun tidak lama menyertai parti kemudian dibalas dengan pengkhianatan.


"Kamaruddin Jaafar cukup lumayan. Dia masuk dari Pas, dapat kerusi kubu KEADILAN dan dapat jadi timbalan menteri tapi itu pun tak cukup


"1999 dia tak berani masuk KEADILAN, masuk Pas. Kali ini masuk KEADILAN dia dapat permaidani merah tetapi dia khianat kepada parti dan rakyat yang mengundinya," katanya.


Nik Nazmi juga membangkitkan kegilaan Presiden Umno Zahid Hamidi yang mahu melaksanakan PRU ke 15 pada musim tengkujuh.


Rakyat, katanya perlu menandatangani petisyen menolak banjir yang dibuat oleh Ayuh Malaysia sebagai tindak balas. Jumlah ketika ini sekitar 30,000 tandatangan tidak mencukupi untuk memperlihatkan penolakan besar besaran rakyat.


Selain itu, beliau juga berkata inilah peluang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri selepas semua PM daripada hampir semua parti di Malaysia telah menunjukkan kegagalan mereka.


"Ini merupakan peluang kepada Anwar untuk jadi PM dan membuktikan agenda kita yang terbaik untuk rakyat


"Apa penyakit Umno? Penyakit terbesar mereka ialah rasuah. Sebenarnya peruntukan kita untuk pendidikan dan hospital tak masalah sangat. Tetapi tengok sekolah kita macam mana, bukan sekolah di Kelantan tetapi sekolah di KL pun daif


"Sebab apa? Keciciran bahasa sopan, yang tak sopan ialah rasuah. Bila rasuah berlaku sekolah tak cukup, hospital tak sempurna, kapal perang tak boleh belayar


"Bila mereka terperangkap untuk menyelamatkan keadaan, apa yang dibuat Umno BN? Mereka bakar sentimen kaum dan agama.


"Kita jangan terperangkap dengan permainan ini," katanya lagi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page