top of page

Baiki balai polis uzur, naik taraf pos kawalan sempadan diutamakan



Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tidak dapat melaksanakan sepenuhnya penggunakan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan kerana perlu mengutamakan dahulu program membaik pulih balai polis yang uzur di seluruh negara.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebahagian daripada 850 balai polis dan IPD dibina sekitar 1970-an dan 80-an serta beberapa pos kawalan sempadan perlu dinaik taraf melalui peruntukan Belanjawan 2025.


"Kita tidak boleh berakhir dengan menambah tenaga kerja atau perbanyak pusat kawalan, sebaliknya melihat dalam aspek teknologi dan inovasi, misalnya dron, yang data di sempadan negara dapat dikumpul dengan mudah.


"Namun keadaan itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kita masih ada kekangan asas iaitu terdapat 850 balai polis yang sebahagiannya masih lagi uzur, IPD dibina pada 1970-an dan 80-an tidak berubah dan pos kawalan sempadan yang perlu dinaik taraf," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Syarahan Sulung Bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3, Negeri Sembilan hari ini.


Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


Saifuddin Nasution berkata pelaburan dalam bidang teknologi amat penting bagi mengawal sempadan darat, laut dan udara seperti dilakukan oleh negara luar lain.


"Membangunkan sumber manusia yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang bidang itu, ini ialah trend negara-negara dunia yang memberi keutamaan kepada aplikasi teknologi … bayangkan mengawal sempadan darat dan laut yang hampir 4,000 kilometer.


"Itu belum lagi soal aset yang menjaga laut, darat dan udara, helikopter, kapal dan sebagainya … kerana itu kami terpaksa mengagihkan perbelanjaan diluluskan untuk tujuan menambah baik dan menaik taraf aset-aset ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page