top of page

Bahang PRK Sg Bakap: Konvoi motosikal dipenuhi bendera merah PH



Oleh: Abdullah Zaid


Kira-kira 300 anak muda menyertai konvoi bermotosikal mengelilingi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sambil mengibarkan bendera Pakatan Harapan (PH) sebagai sokongan kepada jentera Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil di DUN berkenaan.


Pelepasan pelbagai jenis motosikal termasuk berkuasa tinggi bermula kira-kira jam 5 petang tadi bermula di Bandar Tasek Mutiara membabitkan perjalanan sejauh 20 kilometer (km) disempurnakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Fadzli Roslan.

Bendera PH berkibar, jentera kempen mara

Perhimpunana anak muda di seluruh DUN Sungai Bakap itu diadakan sebagai tanda simbolik kekuatan blok Perpaduan bagi merebut semula kerusi tradisi milik KEADILAN menjelang PRK ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yakin Kerajaan Perpaduan mampu merampas semula kerusi Sungai Bakap.


Jelasnya, persiapan awal telah dibuat Kerajaan Perpaduan bermula dengan mesyuarat pada 25 Mei lepas bagi membentuk jawatankuasa berkaitan diikuti satu mesyuarat pada 3 Jun lepas yang dihadiri oleh semua pimpinan dalam gabungan PH yang dipengerusikan Pengerusi PH Negeri, Chow Kon Yeow.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page