top of page

Bahan pendidikan dilindungi hak intelek, elak dimuat naik tanpa kebenaran



Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan bahan-bahan pendidikan yang dihasilkannya diberikan perlindungan hak intelek setelah didapati ia banyak dimuat naik tanpa kebenaran.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata kementerian juga menerima aduan bahawa bahan daripada buku teks telah dimuat naik dalam peranti seperti televisyen dan papan pintar yang dijual pada harga lebih tinggi kepada sekolah.


"Saya fikir bila kita terima aduan itu (pelanggaran hak cipta), langkah utama yang harus dilakukan adalah untuk memastikan bahawa kandungan tersebut tidak lagi dimuat naik tanpa kebenaran, dan memastikan hak cipta harta intelek khususnya berkaitan dengan bahan pendidikan ini dilindungi sepenuhnya.


"Jadi dalam konteks ini, kita akan terus memastikan ia dilindungi kerana mahu hak intelek membabitkan bahan pengajaran dipastikan dari segi perundangan atau kesahihan dan tidak lagi dimuat naik tanpa kebenaran," kata Fadhlina dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan KPM di Petaling Jaya, Selangor semalam.


Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.


Fadhlina berkata pelanggaran hak cipta itu menimbulkan kebimbangan kerana ia melibatkan penyelewengan hak intelek kementerian yang boleh memberi impak negatif kepada kualiti dan integriti sistem pendidikan negara.


Sementara itu, Armizan berkata kerjasama strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui MyIPO dan KPM adalah dengan memperkenalkan modul harta intelek kepada warga pendidik dan para pelajar.


"Melalui MoU ini, sebuah modul khas berkenaan harta intelek akan dibangunkan dan dimasukkan sebagai elemen rentas kurikulum (EMK) dalam kurikulum sekolah sedia ada.


"Pewujudan modul ini akan memperkenalkan konsep harta intelek dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar serta membina asas dan pemahaman kukuh bagi melahirkan generasi yang celik perlindungan harta intelek," katanya.


Katanya pemeteraian MoU ini akan menjadi langkah tepat dalam membina kesedaran hak harta intelek sekali gus menjadi perisai perlindungan bagi kreativiti dan inovasi warga pendidikan daripada diekploitasi oleh mana-mana pihak.


"Ini juga akan membuka peluang kepada pengkomersialan hasil daya cipta dan inovasi untuk manfaat bersama," katanya.


Jelasnya inisiatif itu adalah berkesinambungan kepada pelaksanaan program yang telah dijalankan oleh MyIPO semenjak 2013 untuk meningkatkan kesedaran hak harta intelek dalam kalangan pelajar antaranya melalui pelaksanaan pelbagai program yang menekankan pembelajaran secara santai tetapi efektif.


"Pelaksanaan program ini menunjukkan perkembangan positif apabila semenjak 2011 hingga September 2024, MyIPO telah menerima sebanyak 66 permohonan pendaftaran paten dan perbaharuan utiliti serta 128 permohonan hak cipta dengan sebahagian besarnya merupakan permohonan paten yang direkodkan atas nama sekolah di bawah KPM dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page