top of page

Badan dunia perlu desak buka laluan bantuan kemanusiaan ke Palestin



Bedilan ke atas sekolah Al-Tabain yang terletak di kejiranan Al-Daraj di timur Kota Gaza dan digunakan sebagai pusat perlindungan pelarian telah menyebabkan kehilangan lebih 100 nyawa, kata Penasihat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar), Nurul Izzah Anwar.


Katanya kekejaman rejim Israel yang dilaporkan menggunakan lebih 900 kilogram bahan letupan bagi menyerang warga Gaza ketika mereka sedang melakukan solat Subuh berjemaah tersebut adalah kezaliman yang tiada batasnya.


"Dalam masa seminggu, Israel telah menyerang tujuh sekolah di mana ia merupakan pusat perlindung mereka yang kehilangan tempat tinggal. Serangan ini dilakukan secara sistematik pada kadar satu sekolah sehari," katanya dalam kenyataan.


Nurul Izzah berkata, kezaliman itu turut mendapat kritikan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) di wilayah Palestin, Francesca Albanese yang menyatakan bahawa "Israel memusnahkan rakyat Palestin satu kejiranan, satu hospital, satu sekolah, satu kem pelarian dan satu ‘zon selamat’ pada satu masa".


"Di manakah suara media-media arus perdana Barat yang sekian lama melaungkan hak asasi manusia sebelum ini? Ini menunjukkan hipokrasi di dalam pelaporan berkenaan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza," soal Nurul Izzah.


Katanya, Gaza ketika ini menghadapi berbagai krisis termasuk kekurangan bekalan air bersih dan makanan manakala perkhidmatan kesihatan pula lumpuh dengan hanya dua buah hospital beroperasi dengan kekurangan bekalan perubatan.


Saksi yang berada di sana berkata, mereka dapat mendengar jeritan mangsa di dalam bangunan tersebut, namun tidak dapat melakukan apa-apa kerana ketiadaan bekalan asas air untuk memadam api.


Pengerusi Ops Ihsan, Jismi Johari pula menegaskan bahawa dunia perlu bersuara dan menggesa kuasa besar untuk membuka laluan kemanusiaan agar bantuan barangan seperti makanan, air dan ubatan dapat memasuki Gaza.


Katanya pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang telah menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza pada 11 Jun lalu harus direalisasikan segera bagi menegakkan keadilan dan menamatkan pembantaian yang melanggar hak asasi manusia.


"Ini adalah masa untuk badan-badan dunia seperti PBB, OIC dan ICJ bertindak. Israel menjalankan genosid secara terang-terangan dan dunia hanya melihat tanpa apa-apa tindakan dikenakan keatas mereka," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page