top of page

Ayuh warga dunia, tolak idea zalim Trump terhadap Palestin



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Idea yang amat zalim lagi kejam apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump mengesyorkan penduduk Gaza, Palestin dipindahkan secara paksa ke negara Arab.


Cadangan itu sama seperti mahu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka dengan cara yang tidak berperikemanusiaan.


2.4 juta terpaksa berpindah


Sebelum ini, untuk rekod hampir 2.4 juta penduduk Gaza terpaksa berpindah randah akibat perang yang tercetus pada 2023 dan ada yang telah berpindah berkali-kali demi menyelamatkan diri.


Rakyat Palestin juga berhak untuk hidup dengan aman sebagaimana warga dunia yang lain dan penderitaan mereka mesti segera ditamatkan serta merta.


Sehubungan dengan itu penulis amat menyokong ketegasan Kerajaan Malaysia yang menolak sebarang cadangan yang boleh membawa pemindahan atau pengusiran paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka.


Ketegasan Malaysia menolak sebarang cadangan yang boleh membawa pemindahan atau pengusiran paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka wajib disokong oleh rakyat Malaysia khasnya serta warga dunia yang cintakan kedamaian.


Bumi Gaza sudah sarat dengan kemusnahan, banjir air mata serta darah rakyat Palestin. Kezaliman perlu ditamatkan segera tanpa sebarang alasan.


Pembersihan etnik


Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra hari ini turut menyebut tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu merupakan pembersihan etnik yang jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Sebarang usaha untuk mengenakan penyelesaian secara sebelah pihak dan paksa yang menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri serta mencabuli kebebasan mereka adalah tidak boleh diterima, tidak dapat dipertahankan dan hanya akan memperburuk salah satu konflik paling berpanjangan di rantau ini.


Wisma Putra juga menegaskan bahawa Malaysia kekal teguh dalam solidaritinya bersama rakyat Palestin.


"Satu-satunya jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah melalui penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra - 1967 , dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.


"Pendekatan ini kekal sebagai pendirian prinsip Malaysia sejajar dengan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara," kata kenyataan itu.


Menurut Wisma Putra lagi masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyeru penyelesaian yang adil dan berkekalan yang dihormati serta diterima oleh rakyat Palestin.


Sokong penyelesaian dua negara


Sehubungan itu, Malaysia menegaskan semula seruannya seperti yang terkandung dalam Resolusi Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam 2024 yang diterima pakai pada 11 November 2024, agar semua negara yang masih belum menyokong penyelesaian dua negara segera mengambil langkah untuk mengiktirafkan Negera Palestin dan menyokong keanggotaan penuhnya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Ini merupakan langkah penting pertama ke arah memastikan keselamatan dan keamanan jangka panjang bagi rakyat Palestin serta kestabilan rantau Timur Tengah.


"Malaysia juga menegaskan sokongannya terhadap usaha diplomatik dan multilateralisme termasuk inisiatif yang sedang digerakkan oleh Global Alliance dan The Hague Grup dalam memastikan keamanan berkekalan melalui penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat," jelas kenyataan itu lagi.


Ayuh! Warga dunia marilah kita terus perhebatkan solidariti untuk rakyat Palestin kembali mendapat hak mereka bagi hidup bebas daripada terus ditindas serta dizalimi.

________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page