top of page

Ayuh warga dunia, sokong usaha PMX bangun semula Gaza


Rakyat Palestin lega dengan gencatan senajata Hamas-Israel, kini mereka menunggu pembangunan semula
Rakyat Palestin lega dengan gencatan senajata Hamas-Israel, kini mereka menunggu pembangunan semula

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Berdiri bulu roma penulis sewaktu menonton video ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu yang memaklumkan bahawa pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun telah mendapat kepastian supaya disegerakan.


Berkongsi berita gembira dalam video tersebut PMX memaklumkan:

"Alhamdulillah atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar, kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur, maknanya program Asia Timur untuk Membangunkan Gaza (Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).


"Bagi pihak Malaysia, dengan usaha ini dan usaha yang saya percaya bersama dengan rakyat dan kolaborasi dengan sektor swasta, InsyaAllah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat.


"Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin.


"Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."


Rata-rata rakyat Malaysia yang selama ini sentiasa bersolidariti dengan rakyat Palestin menyambut khabar daripada PMX ini dengan gembira dan bangga.


Ada yang menitis air mata serta mengadakan solat syukur atas inisiatif PMX yang sentiasa konsisten membela nasib Palestin bukan sahaja di Malaysia tetapi juga ke pentas dunia tanpa rasa gentar serta takut.


Kini ternyata usaha PMX yang tidak mudah mengalah itu mendapat perhatian pemimpin dunia apabila negara Jepun menghulurkan tangan untuk bersama Malaysia membantu membangunkan semula Gaza.


PMX pemimpin terbaik perjuangkan hak kemanusiaan sejagat


Sementara itu, mengulas usaha tersebut, Pengerusi Pertubuhan Pelajar Pengajian Tinggi Dan Alumni Negeri Sembilan, Muhammad Asyraf Danial Jefri berkata, tindakan ditunjukkan oleh Kerajaan Madani untuk memulihkan semula Gaza jelas membuktikan PMX konsisten dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan sejagat hingga ke peringkat antarabangsa.

 Muhammad Asyraf Danial Jefri
 Muhammad Asyraf Danial Jefri

Selain itu jelas beliau lagi, walaupun PMX sentiasa sibuk dengan urusan negara namun bumi Gaza dan rakyatnya yang menderita tidak pernah dilupakan.


"Suara PMX membela rakyat Palestin sentiasa berkumandang untuk menghentikan konflik di Gaza.


"Dalam siri-siri lawatan PMX ke luar negara beliau sentiasa mencari peluang menyelitkan isu Gaza dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dunia. Tujuan PMX sudah pasti mahu menyedarkan pemimpin-pemimpin dunia yang perang di Gaza perlu dihentikan serta merta.


"Hak rakyat Palestin mesti dikembalikan dan Gaza mesti dibantu untuk bangkit semula daripada kemusnahan akibat perang," kata beliau yang juga Ketua Parlimen Belia Malaysia (Negeri Sembilan) Sesi 2023-2024.


Beliau berkata, bukan sahaja rakyat Malaysia, warga dunia juga wajib menyokong usaha murni PMX untuk membantu Gaza.


"Semoga segala usaha PMX terus dipermudahkan. Ayuh warga dunia mari kita bersama-sama membantu Gaza. Kita berikan sokongan agar impian rakyat Palestin untuk hidup aman dan maju terlaksana," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Sahabat Perpaduan.


Wajar dapat sokongan warga dunia


Mengulas usaha yang sama, Ahli Parlimen Belia Malaysia, Ts Mohamad Farith Mansor pula berkata, beliau sendiri amat terharu dengan tindakan Kerajaan Madani dan Kerajaan Jepun untuk membantu Gaza.

Ts Mohamad Farith Mansor
Ts Mohamad Farith Mansor

"Ini merupakan tindakan yang amat positif yang wajar mendapat sokongan warga dunia. Gaza perlu dibangunkan dengan segera.


"Nasib rakyat Palestin mesti terus dibela. Penderitaan mereka perlu ditamatkan dengan segera," kata Mohamad Farith yang juga Pengerusi Kelab Sahabat Perpaduan Negeri Sembilan.


Jelas beliau lagi, kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam bidang kemanusiaan ini juga menunjukkan solidariti antarabangsa yang kukuh dalam membantu memulihkan kehidupan warga Palestin yang terjejas.


Mohamad Farith juga menyarankan agar perhatian lebih diberikan kepada aspek pemantauan dan keberkesanan program ini supaya bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan dan memberikan impak jangka panjang.


"Saya berharap agar Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam menyuarakan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah, serta memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara lain untuk memastikan pembangunan semula Gaza dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Sahabat Perpaduan Malaysiaku.

_______________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page