Calon BN, Mohd Azmawi atau Awie sebentar tadi dalam ucapan kemenangan tidak rasminya di pusat kiraan undi BN di Nenggiri mengucapkan terima kasih kepada jentera dan para penyokong yang membantunya memenangi Pilihan Raya Kecil berkenaan.
"Kejayaan malam ini merupakan kejayaan kita, UMNO dan Barisan Nasional.
"Tanpa ada semua jentera ini, tak mungkin saya menang," katanya.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mohd Azmawi menang dengan majoriti 3,372 mengatasi lawannya, Mohd Rizwadi Ismail.
Mohd Azmawi memperoleh 9,113 undi manakala Rizwadi yang dikenali sebagai Ustaz Wadi memperoleh 5,741 undi.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pengundi berdaftar dengan 20 pusat daerah mengundi (PDM) melibatkan 46 saluran.
Comentários