top of page

Audit integriti sistem utiliti di kawasan tanah jerlus dilaksana lepas SAR



Audit integriti terhadap keseluruhan sistem utiliti di Jalan Masjid India akan dilaksana selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus selesai.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemeriksaan tersebut penting bagi memastikan keselamatan orang awam selain untuk mengetahui punca berlakunya kejadian mendapan di kawasan berkenaan.


"Kita akan melihat apa sahaja utiliti dan keseluruhan sistem yang ada di bawah tanah ini dengan membuat 'post mortem' dan bagaimana untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang pada masa depan... sebab kadang-kadang ada pembangunan baharu yang dilaksanakan, jadi kita nak cari punca (kejadian mendapan tanah).

"Kita akan melihat punca dan akan menambah baik sistem (utiliti) ini," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India sehingga menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.


Sementara itu Fadillah mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu termasuk kewujudan mendapan kedua kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.


"Saya mengharapkan semua pihak jangan buat spekulasi seperti sebelum ini ramai 'pakar google' akan keluar...ini tidak akan membantu, biarlah pihak terlibat membuat siasatan. Setakat ini tempat tersebut (Jalan Masjid India) selamat," katanya.


Mengulas negara luar yang menawarkan kepakaran mereka untuk membantu operasi SAR yang kini memasuki hari keenam, Fadillah berkata tiada keperluan untuk itu pada ketika ini memandangkan pasukan SAR negara mempunyai kepakaran, peralatan dan teknologi terkini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page