top of page

Asrama calon peperiksaan SPM selesa, guru kaunseling membantu



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan guru kaunseling di penempatan asrama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas bertujuan membantu mereka terutama daripada segi psikologi.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh apabila isu berkaitan persiapan psikososial dibangkitkan.


Beliau menjelaskan, selepas proses pemindahan (mangsa banjir) dilakukan, fasa seterusnya adalah pembugaran emosi.


''Kami telah menggerakkan seluruh kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut terlibat.


''Keseluruhan kaunselor yang terlibat adalah 110 di Kedah manakala 90 orang di Terengganu,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang menyifatkan kemudahan disediakan KPM mungkin tidak memberi keselesaan dan tidak sesuai bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Secara psikologinya Roslan berkata, emosi dan fikiran calon SPM pasti akan terganggu akibat kesan banjir yang agak luar biasa dan tidak mungkin mereka dapat menjawab soalan dengan tenang berbanding pelajar yang tidak terkesan dengan bencana alam itu.


Menepis semua andaian itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menegaskan, dalam Ops Payung pihaknya telah menempatkan semua calon SPM yang terjejas banjir di asrama-asrama yang selesa.


''Seluruh kekuatan yang ada ini telah pun kita gerakkan dan ia berlangsung sepanjang tempoh peperiksaan SPM kerana mengambil kira luruhan-luruhan yang akan berlaku.


''Kita juga bersedia sepanjang tahun untuk memberikan sokongan di sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung,'' ujarnya lagi.


Dari segi persiapan pula, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat berkata, pihaknya turut menyediakan bantuan lain termasuk pembelajaran dan alat tulis untuk kegunaan pelajar menghadapi peperiksaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page