top of page

Asia Tenggara tiada wang: Bill O’Reilly terbawa-bawa sikap imperialis - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 13 hours ago
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan penganalisis politik konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly yang mendakwa Asia Tenggara 'tiada wang'.


Beliau menyifatkan kenyataan O’Reilly yang juga bekas hos Fox News itu sebagai mencerminkan xenofobia, perkauman dan sikap Islamofobia.


"Ini satu gambaran sikap ekstrem keangkuhan sesetengah orang yang sebenarnya dangkal ilmu, jahil dan anggap hanya kelompok atau negara dia sahaja yang paling berjaya.


"Dalam sains sosial, ini disebut sebagai pemikiran yang terperangkap... pemikiran yang terbawa-bawa dengan sikap imperialis menyebabkan ada sikap xenophobia, anti-kaum lain dan Islamophobia," katanya dipetik.


Terdahulu Anwar ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan, di Putrajaya pada Jumaat dengan ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.


Anwar sebelumnya diminta mengulas kenyataan O’Reilly yang mempersendakan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja di tengah-tengah perang perdagangan dengan AS berkenaan tarif.


O'Reilly dalam satu segmen videonya mendakwa rakyat Malaysia tidak mempunyai wang dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page