top of page

ASEAN tawarkan formula kestabilan antara kuasa besar dunia - Amirudin



Kepengerusian Malaysia ke atas ASEAN pada tahun hadapan seharusnya menjadi titik mula kepada kewibawaan pertubuhan berkenan yang boleh berperanan menstabilkan dunia.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ASEAN dalam dekad ini telah pun mengubah imejnya daripada satu platform perbincangan antara ketua ketua negara mengenai isu sempadan dan pertikaian remeh kepada blok ekonomi berkembang yang sedang diperhatikan oleh kuasa besar.


"ASEAN ingin pergi dengan lebih luas. Bukan disebutkan beberapa dekad lepas sebagai tempat pertemuan sosial ketua kerajaan berbincang isu sempadan atau isu masyarakat yang boleh dipelopori bersama. Tetapi lebih besar dari hal ini, dalam 10 tahun terakhir telah kedengaran 'abad Asia'.


"Kebangkitan China yang luar biasa, kebangkitan Korea dan itu adalah perkara yang sangat besar yang telah menerobos dalam kehidupan kita.


"Persaingan perniagaan dan ketenteraan telah melampaui daripada apa yang ditulis oleh (pemikir) Fukuyama, "The End Of History".


"Waktu inilah peluang kepada ASEAN. ASEAN menawarkan formula stabiliti dalam multi-racial dan muti-ethnic, muti-religious ," katanya.


ASEAN, kata Amirudin, terlepas daripada peranan negara berkecuali dan anti perang (NAM) pada era perang dingin antara blok Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union telah menjadi kuasa pengimbang terkini apabila tercetus perang dagang antara AS dan China.


"ASEAN telah menyediakan masa depan yang baik masa itu untuk menerima semua (negara) dalam pelbagai perkara, ada perkara boleh kita pesetujui, tidak setuju, tetapi ada perkara kita tidak boleh terima, iaitu aksi ketenteraan dan peperangan yang menimbulkan suasana tidak akan membawa akibat baik kepada dunia yang saling terhubungkan,


"Pada waktu ini ASEAN tawarkan kestabilan di saat perang dagang antara AS dan China," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page