top of page

ASEAN perlu kekal aman, bebas, berkecuali - Johari Abdul

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 20
  • 1 min read


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menggesa ASEAN terus kekal sebagai blok yang aman, bebas dan berkecuali.


Beliau yang juga Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 berkata perkara itu penting bagi menarik kemasukan lebih banyak pelabur asing.

"Sudah sekian lama ASEAN dikenali sebagai zon aman, bebas dan berkecuali, jadi kita perlu terus memperkasakan ASEAN untuk menjadi kuasa ekonomi keempat dunia dan seterusnya naik ke kedudukan ketiga.


"Untuk mencapainya, selain landskap ASEAN itu sendiri, kita perlu bersama negara-negara anggota mencipta ekosistem yang antara lain berkongsi data, idea dan bergerak bersama dalam kelompok ASEAN yang utuh," katanya dipetik.


Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Logo dan Lagu AIPA 2025 bertajuk 'Together We Thrive', yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.


Pelancaran ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai negara yang bukan hanya mementingkan diplomasi, tetapi juga mempromosikan pelancongan, ekonomi dan hubungan antarabangsa.


Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, tiga negeri akan terlibat dengan program berkaitan AIPA 2025 disamping Kuala Lumpur yang akan menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung AIPA pada September.


Tiga negeri tersebut iaitu Sarawak akan menganjurkan Perhimpunan Antara Parlimen Wanita ASEAN (WAIPA), Mesyuarat Ahli Parlimen Muda AIPA (YPA) di Selangor dan Majlis Penasihat AIPA Mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) di Pahang.


"Setakat ini juga, 25 negara pemerhati dijadual menyertai 10 negara anggota ASEAN dalam AIPA 2025," tambahnya.


Sebagai rekod, AIPA yang ditubuhkan pada September 1977 merupakan badan parlimen serantau yang dibentuk bagi mengukuhkan hubungan dalam kalangan penggubal undang-undang Asia Tenggara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page