top of page

ASEAN perkukuh asas ekonomi dan kerjasama sesama anggota - PM


DS Anwar menjawab soalan dalam forum ekonomi paling berprestij di dunia - Foto: Amir Haziq/PMO

Negara anggota ASEAN menumpu untuk mengukuhkan asas ekonomi, kerjasama dan meningkatkan perdagangan sesama anggota.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat 2023, rantau ini mencatatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$3.8 trilion (AS$1=RM4.43)


"Kami telah berjaya pada masa lalu dari segi diplomasi geopolitik. Bagaimanapun, kami menyedari bahawa kami perlu meningkatkan perdagangan sesama ASEAN dan berusaha untuk melengkapkan kelebihan daya saing antara satu sama lain," katanya dipetik sewaktu dialog eksklusif khas bersemuka dengan kepimpinan forum bertajuk ''A Conversation with Anwar Ibrahim" di Davos, Switzerland pada Rabu.


Sesi dialog khas itu dimudahcarakan oleh pengasas dan pengerusi lembaga pemegang amanah Forum Ekonomi Dunia (WEF), Prof Klaus Schwab.


Anwar berada negara itu sempena lawatan kerja selama tiga hari bagi menghadiri WEF 2025, menandakan kehadiran pertama beliau sejak memegang jawatan perdana menteri pada 2022


Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN menegaskan tidak terlalu mengambil berat tentang struktur politik Kesatuan Eropah (EU), namun menumpukan kepada asas ekonomi, dari segi perdagangan dan pelaburan dan bagaimana cara blok 10 anggota itu berunding dengan negara lain di rantau ini.

"Sama ada kita mahu menjadi seperti Kesatuan Eropah (mempunyai mata wang bersama), adalah sesuatu yang belum kita teroka


"Kami lebih mementingkan kepada kerjasama ekonomi, daripada pemahaman dan perbualan saya bersama pemimpin ASEAN lain dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei, kepentingan utama kami adalah untuk menumpu kepada asas ekonomi," tambah Menteri Kewangan itu.


Beliau sebelumnya ditanya sama ada ASEAN mahu menjadi kumpulan yang serupa seperti EU, dengan pengaturan mata wang bersama.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page