top of page

Asas kiraan baharu SSR, PCC beras negara diperkenal - KPKM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan asas pengiraan baharu kadar sara diri (SSR) dan penggunaan per kapita (PCC) beras negara.


Melalui satu kenyataan pada Jumaat KPKM menjelaskan, pengiraan baharu itu selaras piawaian ditetapkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO).


Pengiraan baharu itu, jelas KPKM merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh FAO iaitu Food Balance Sheets – A Handbook, 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet, 2017 dalam menentukan konsep dan definisi yang diguna pakai di dalam pengiraan SSR dan PCC beras.

"Menerusi kaedah baharu ini, KPKM telah melaraskan asas pengiraan pengeluaran padi pada tahun 2023 dengan mengambil kira jumlah padi bersih yang akan diproses kepada beras sahaja.


"Ia tidak termasuk jumlah pengeluaran padi yang dikhususkan untuk tujuan benih pada tahun sama," kata kenyataan tersebut.


Mengulas lanjut KPKM menyatakan, kaedah terbabit turut mengekalkan kadar faktor penukaran padi kepada beras yang digunakan pada ketika ini mengikut zon.


Kadar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada 70%, 63% serta 60%.


"KPKM turut memuktamadkan jumlah stok kecemasan beras bagi tahun 2023 dengan jumlah 240,233 tan metrik bagi stok dagangan dan 40,000 tan metrik bagi stokpail," tambah kenyataan itu.


Pada masa sama, KPKM berkata, pihaknya akan terus komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kadar SSR beras antaranya melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan Kerajaan Negeri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page