top of page

APPGM-SDG, NGO Kuantan anjur program bina komuniti belia inklusif



Program Membina Komuniti Inklusif anjuran bersama APPGM-SDG dengan kerjasama NGO tempatan baru baru ini di Hotel Mandurah, Kuantan diharap dapat memperkasakan aktiviti belia di kawasan berkenaan.


Menurut Sridayu Samsuri selaku pengarah program, kursus berkenaan merupakan kesinambungan daripada kursus pemimpin komuniti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu.


Beliau yang juga Pengerusi NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) berpuas hati kerana kali ini telah berjaya mengumpul pemimpin-pemimpin muda wanita.


"Antara jurulatih yang terlibat dalam kursus ini ialah Pengerusi Pusat Pembelajaran Komuniti Kuantan Prihatin, Fakhrul Anuar Zulkawi.


"Beliau merupakan Ketua Cabang KEADILAN Kuantan dan telah menyampaikan modul berkaitan Rukunegara serta Perlembagaan Persekutuan yang berusaha mewujudkan negara bersatu padu dan memiliki keunikan sejarah serta kepelbagaian agama, budaya dan kaum


"Fakhrul juga memperjelaskan konsep Malaysia Madani yang membawa mesej keterangkuman atau inklusif dan perlu dihayati oleh pemimpin-pemimpin belia hari ini," katanya dalam satu kenyataan.


Program tersebut disertai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuantan, Mohd Mustaqim Abdul Jalil. Beliau yang mula aktif sebagai pemimpin sejak di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnipSAS) pernah terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Negeri Pahang di bawah Kementerian Belia dan Sukan.


Tambah Sridayu, program kali ini agak unik kerana membawa mesej keterangkuman yang melibatkan semua pemegang taruh di dalam komuniti belia. Beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page