top of page

APMM komited jadi benteng jaga kedaulatan perairan negara



Lebih RM1.5 bilion jumlah nilai harta telah diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, nilai itu mewakili 218 kes insiden di laut dan melibatkan 1,256 mangsa.


"Seramai 1,168 orang berjaya diselamatkan manakala 62 mangsa meninggal dunia dan 26 lagi hilang," katanya dipetik.


Bagi tempoh sama, APMM juga jelasnya mencatatkan lebih RM91 juta bagi jumlah keseluruhan nilai tangkapan dan rampasan dalam operasi maritim yang dilaksanakan.


Jumlah berkenaan merangkumi tangkapan dan rampasan nelayan asing (RM85 juta), diesel (RM1.3 juta), dadah (RM983,500), barangan terkawal (RM660,401), petrol (RM215,277), ketum (RM129,000), rokok (RM16,520) dan tangkapan serta rampasan lain-lain bernilai lebih RM2.6 juta.


Menerusi perkongsian itu Saifuddin menyatakan komitmen APMM untuk terus menjadi benteng utama dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.


"Kerajaan memberi jaminan bahawa usaha memperkukuh keselamatan sempadan laut akan terus dipertingkatkan demi kedaulatan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat," tegasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page